Jangan biarkan kembung perut ganggu kehidupan harian
- support56423
- Jul 19
- 2 min read

Perut kembung adalah keadaan yang sering dialami ramai individu tanpa mengira peringkat umur dan jantina.
Namun, masalah ini dikatakan lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
Keadaan ini berlaku apabila terdapat pengumpulan gas yang berlebihan dalam sistem pencernaan, terutamanya di dalam perut atau usus.
Ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa, senak, dan kadangkala disertai dengan rasa sakit atau kekejangan.
Perut juga mungkin kelihatan membesar dan keras apabila disentuh.
Kembung perut bukanlah penyakit yang serius dan biasanya mudah untuk ditangani.
Namun, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya masalah kembung perut ini berterusan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Simptom kembung perut sukar untuk dikenal pasti, tetapi kebanyakan individu yang mengalami kembung perut sering menyatakan ketidakselesaan diikuti dengan beberapa tanda seperti:
Perut berasa tegang dan penuh
Kerap sendawa
Kerap kentut
Muntah atau mual
Punca kembung perut boleh terjadi disebabkan masalah pencernaan seperti sindrom iritasivusus (IBS) dan sembelit.
Selain faktor kesihatan, kembung perut boleh berlaku akibat pelbagai sebab lain seperti:
Pengambilan makanan secara tergesa-gesa
Minum minuman berkarbonat
Pengambilan makanan yang mengandungi banyak gas seperti kubis, brokoli, atau kekacang
Tabiat menelan udara ketika makan atau bercakap
Merokok
Mengunyah gula-gula getah
Untuk mengatasi perut kembung, individu digalakkan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengelakkan makanan yang boleh menghasilkan gas berlebihan. Minum air suam, elakkan minuman bergas, dan kunyah makanan dengan perlahan untuk membantu mengurangkan gejala.
Selain itu, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki selepas makan juga dapat
mempercepatkan pergerakan gas keluar dari badan.
Penggunaan herba tradisional seperti halia dan pudina juga dipercayai membantu melegakan masalah kembung perut.
Kembung perut masalah biasa yang boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang jika tidak ditangani dengan baik.
Oleh itu, penjagaan pemakanan dan gaya hidup yang sihat sangat penting untuk mencegah dan mengatasi masalah ini.
Jika gejala berterusan atau semakin teruk, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan untuk rawatan sewajarnya.
Commentaires