Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Jata Negara Malaysia

DASAR PRIVASI APLIKASI

Aplikasi Mudah Alih MyGOV Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk meningkatkan pengalaman pengguna tanpa memerlukan perisian khusus dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Huawei App Gallery, dan Apple App Store. MyGOV Malaysia memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

  1. Aplikasi ini mengumpul data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran capaian ke sistem aplikasi.
    • Nama;
    • Nombor kad pengenalan;
    • E-mel;
    • Data biometrik seperti pengenalan wajah;
    • Gambar dan/atau imej;
    • Rakaman video;
    • Log aktiviti
  2. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
  3. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke sebarang lokasi di luar Malaysia untuk tujuan komersil.
  • untuk menilai, menangani atau memenuhi pendaftaran anda, maklum balas atau aduan untuk Aplikasi kami;
  • untuk menjawab pertanyaan atau aduan anda dan untuk menyelesaikan pertikaian secara amnya;
  • untuk mengemas kini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod kami;
  • menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah digabungkan dalam bentuk yang tidak mengenal pasti anda sebagai individu;
  • untuk menghasilkan statistik dan penyelidikan bagi laporan dalaman serta undang-undang dan/atau keperluan penyimpanan rekod;
  • untuk memenuhi keperluan pendedahan yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai kepada Kerajaan Malaysia.

Kami menyimpan Data Peribadi anda hanya untuk tempoh yang diperlukan bagi memenuhi Tujuan yang dinyatakan dalam Dasar ini kecuali jika tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang. Setelah Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk Tujuan di atas, atau kami tidak lagi mempunyai tujuan sah untuk menyimpan Data Peribadi anda, kami akan mengambil langkah untuk memadam, memusnahkan atau mencegah akses mahupun penggunaan Data Peribadi tersebut untuk sebarang tujuan selain daripada pematuhan terhadap Dasar ini, atau untuk tujuan keselamatan, keamanan, pencegahan dan pengesanan penipuan, selaras dengan keperluan undang-undang yang berkenaan tersebut.

Aplikasi ini memerlukan data peribadi anda untuk dikumpul. Sekiranya anda memilih untuk tidak mengongsikan data ini, penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas. Permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas juga tidak diterima atau diambil tindakan.

Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan secara sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Aplikasi ini menerapkan ciri-ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

  • Ketahui cara data anda dikumpul dan digunakan;
  • Ketahui tujuan data anda digunakan;
  • Buat pengemaskinian maklumat data peribadi anda melalui Meja Bantuan MyGOV Malaysia
  • Tarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda pada bila-bila masa

Dasar privasi ini mungkin dipinda dari dari semasa ke semasa. Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini.

Aplikasi ini ditujukan untuk digunakan oleh individu yang berumur 18 tahun ke atas. Dengan mendaftar melalui Aplikasi ini, anda mengesahkan dan menjamin kepada kami bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun serta pendaftaran dan penggunaan anda terhadap Aplikasi ini adalah selaras dengan semua undang-undang dan peraturan yang terpakai. Sekiranya anda berumur bawah 18 tahun, anda dikehendaki memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga sah anda memberikan persetujuan bagi pihak anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.