Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Bagi individu yang bekerja di bawah sektor sukarelawan, perkhidmatan rumah ibadat dan penyelia dan petugas pusat komuniti, kerajaan telah menyediakan SPS Madani 3.0 buat semua lapisan masyarakat, di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Apa itu SPS Madani 2025? SPS Madani 2025 adalah inisiatif kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial secara percuma (100% dibiayai kerajaan) kepada kumpulan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang terpilih. Namun untuk tahun 2025, sedikit pengubahsuaian telah dilakukan di mana inisiatif ini hanya menanggung sepenuhnya caruman tahunan di bawah Pelan Caruman 2 (RM232.80) untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan, tanpa sebarang bayaran daripada peserta. SPS Madani 3.0 ini juga hanya dikhususkan kepada tiga kategori utama kumpulan sasar iaitu: 1. SPS Sukarelawan : Anggota sukarelawan seperti Tentera, Polis Simpanan, Pertahanan Awam, Bomba, dan RELA. 2. SPS Perkhidmat Rumah Ibadat : Petugas di rumah ibadat Islam (masjid dan surau) yang berdaftar di bawah JAKIM atau negeri. 3. SPS Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti : Sukarelawan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Senarai Manfaat Yang Diperoleh Peserta yang layak akan mendapat pelbagai faedah perlindungan di bawah SKSPS, termasuk: 1. Rawatan perubatan di hospital kerajaan atau klinik panel PERKESO. 2. Faedah hilang upaya sementara dengan kadar bayaran harian sebanyak RM41.33 sehari iaitu 80% daripada RM1,550.00. 3. Faedah hilang upaya kekal bergantung kepada tahap kecacatan dan umur. 4. Faedah orang tanggungan yang membolehkan waris menerima bantuan bulanan jika berlaku kematian berkaitan kerja. 5. Elaun layanan sentiasa sebanyak RM500 sebulan untuk peserta yang memerlukan penjagaan rapi. 6. Faedah Pengurusan Mayat hingga RM3,000. 7. Pinjaman Pendidikan untuk anak peserta yang layak. 8. Kemudahan Pemulihan seperti alat bantuan dan latihan vokasional melalui Pusat REHAB PERKESO. Syarat Kelayakan Untuk memohon SPS Madani 2025, individu mestilah memenuhi syarat-syarat seprti berikut: 1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap. 2. Bekerja secara sendiri, sama ada sepenuh masa atau separuh masa. 3. Termasuk dalam kumpulan sasaran seperti yang telah dinyatakan. 4. Belum pernah menyertai mana-mana program perlindungan di bawah inisiatif Belanjawan 2025. Cara memohon Permohonan boleh dibuat melalui agensi pengurusan yang berkaitan dengan pekerjaan masing-masing. Perlindungan akan bermula selepas PERKESO menerima senarai pemohon daripada agensi tersebut. Dokumen yang diperlukan: 1. Salinan MyKad. 2. Surat pengesahan atau pelantikan rasmi daripada agensi bertanggungjawab. 3. Tarikh permohonan dan tempoh perlindungan Permohonan bagi SPS Madani 2025 dibuka mulai 13 Mac hingga 31 Disember 2025. Perlindungan pula akan bermula 9 April 2025, tertakluk kepada peruntukan yang masih ada. Setelah peruntukan maksimum dicapai, penyertaan akan ditutup secara automatik. Namun begitu, peserta masih boleh membuat caruman sendiri secara normal selepas itu. Cara semakan Untuk mengetahui status permohonan atau caruman, peserta boleh: 1. Layari portal rasmi perkeso melalui pautan ini: prihatin.perkeso.gov.my 2. Kunjungi mana-mana daripada 54 pejabat PERKESO di seluruh negara. 3. Hubungi talian khidmat pelanggan PERKESO: 1300-22-8000. Semakan pengesahan juga akan dihantar melalui e-mel bagi peserta yang berjaya. SPS Madani 2025 adalah satu langkah proaktif kerajaan dalam melindungi pekerja tidak formal yang sebelum ini terdedah kepada risiko tanpa jaringan keselamatan sosial. Dengan pelbagai manfaat serta perlindungan menyeluruh, inisiatif ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua golongan yang layak. Sumber: https://www.perkeso.gov.my/images/belanjawan2025/sps/170325%20-%20FAQ%20SKIM%20KESELAMATAN%20SOSIAL%20PEKERJAAN%20SENDIRI%2013032025.pdf