Latest News
Add paragraph text. Click “Edit Text” to update the font, size and more.
Pusat Respons Scam Kebangsaan
22 July 2025 at 1:53:47 pm
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC) telah ditubuhkan sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian. Tindak balas ini termasuk pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah. NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi. NSRC menghimpunkan sumber dan kepakaran daripada kesemua pihak ini bagi membanteras penipuan kewangan dengan lebih cepat dan berkesan. Ketahui lebih lanjut mengenai NSRC di sini

Program Rakyat Digital
22 July 2025 at 1:53:15 pm
Rakyat Digital ialah sebuah platform khusus untuk kemajuan celik teknologi baru muncul, di samping memperkasa komuniti yang berpengetahuan. Misi kami adalah untuk menyediakan sumber yang komprehensif, serta program pendidikan yang membolehkan individu, perniagaan dan institusi memanfaatkan kuasa transformatif teknologi baru muncul. Layari rakyatdigital.gov.my
